Tindakan terhadap Dove World Outreach Center Kontroversi_pembakaran_al-Quran_2010

Jabatan Bomba Gainesville enggan memberikan permit pembakaran kepada gereja berkenaan, dengan mengatakan pembakaran terbuka buku-buku (termasuklah kitab suci al-Quran) tidak dibenarkan di bandar berkenaan berikutan ancaman kebakaran.[6] Sungguhpun demikian, gereja tersebut tetap mahu meneruskan upacara berkenaan meskipun berdepan dengan tindakan denda.[7]

Sejak pengumuman berkenaan, bank yang telah memberikan pinjaman amanah sejumlah AS$140,000 menuntut pembayaran semula baki pinjaman amanah berkenaan dengan serta-merta manakala syarikat insurans telah membatalkan insurans harta Jones.[8] Papan tanda serta lambang salib akrilik gereja berkenaan telah rosak akibat dilontar dengan batu.[9]

Pada 8 September 2010, Rackspace, penyedia perkhidmatan hos laman web Dove World Outreach, memutuskan laman berkenaan, dengan mengatakan bahawa gereja tersebut telah mencabuli syarat serta polisi penggunaannya.[10] Seorang jurucakap Rackspace memberitahu media bahawa penutupan laman berkenaan bukanlah "isu perlembagaan" tetapi merupakan "isu kontrak"." [11]

Ugutan bunuh

Terry Jones pernah berkata bahawa dia berharap upacara berkenaan tidak membawa kepada keganasan. Dia berkata dia sering menerima ugutan bunuh sejak pengumuman upacara tersebut.[8] Evan Kohlmann dari Flashpoint Global Partners, firma yang "menjejak laman web militan radikal," mengatakan bahawa seorang pengebom berani mati mengancam untuk memandu sebuah lori untuk merempuh gereja berkenaan sementara yang lainnya memutuskan untuk membakar bangunan gereja berkenaan, walaupun ia tidak diketahui sama ada keputusan tersebut adalah serius atau tidak. Wall Street Journal memetik seorang individu yang menggelarkan dirinya Abu Dujanah dari sebuah laman web jihad, "Sekarang, aku ingin mengebom diriku di dalam gereja ini sebagai membalas dendam demi firman Allah... Dan di sini aku mndaftarkan namaku sebagai seorang yang ingin mati syahid."[12]

Semasa ancaman bunuh yang ditujukan kepada Jones dikirimkan ke The Gainesville Sun melalui sepucuk surat dari Johnstown, Pa.,[13] Persatuan Muslim Amerika bagi Amerika Utara menghantar penyata yang ditandatangani 15 orang imam termasuklah Ahmed Al Mehdawi dari Pusat Islam Gainesville mengutuk ancaman bunuh berkenaan.[14] Semasa lawatan Jones ke New York pada 11 September, Pesuruhjaya Polis Ray Kelly berkata bahawa pilah polis merancang untuk "memerhatikannya" bagi menjamin keselamatannya.[15]

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi_pembakaran_al-Quran_2010 http://bigpondnews.com/articles/World/2010/09/12/N... http://edition.cnn.com/2010/US/09/11/new.york.jone... http://edition.cnn.com/2010/US/09/11/new.york.jone... http://www.cnn.com/2010/US/09/08/florida.quran.rea... http://www.crunchgear.com/2010/09/09/rackspace-pul... http://www.foxnews.com/world/2010/08/27/internatio... http://www.gainesville.com/article/20090708/ARTICL... http://www.gainesville.com/article/20090826/ARTICL... http://www.gainesville.com/article/20100818/ARTICL... http://www.gainesville.com/article/20100901/ARTICL...